“Dengar Cerita Pendidikan Masyarakat Orang Asli Dinaik Taraf. Tapi Dengan Cara Apa Tu?”

Ketika negara kita sedang dilanda COVID19, pelbagai pihak terkesan dengan perubahan norma hidup yang baru malahan masyarakat orang asli juga turut menerima tempias yang tidak kurang hebatnya.

Bagi membantu meringankan bebanan dan juga menaiktaraf tahap pendidikan masyarakat orang asli, Program Pemasangan MyTv diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM di mana masyarakat orang asli dapat menikmati siaran Rncangan TV Pendidikan yang ditayangkan di DIDIKTV@NTV7.

Program kerjasama ini telah memperuntukkan 100 unit decoder MyTV kepada JAKOA untuk diagihkan ke perkampungan yang bersesuaian di mana dilihat mampu membantu masyarakat orang Ali  yang kekurangan akses internet dan juga alat elektronik.

Bantuan ini merupakan penyelesaian jangka masa pendek KPLB bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh murid-murid yang berkenaan.

Namun bagi penyelesaian jangka masa panjang, KPLB sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik bagi kaedah PdPR untuk masyarakat luar bandar yang dijangka akan berlangsung dalam tempoh yang panjang.

Pada Program ini juga, YB Timbalan Menteri 1 KPLB turut membuat penyerahan dividen kepada 42 orang peserta projek ladang getah di Kampung Lubuk Legong, Baling, Kedah dan juga penyerahan set thermometer, face mask, serta hand sanitizer kepada JPKKOA.

Semoga dengan bantuan yang diberikan ini, sedikit sebanyak membantu meringankan beban dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid – murid masyarakat asli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here