Datuk Seri Bung Moktar dan isteri Zizie Izette ditahan SPRM, akan didakwa Jumaat ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini telah mebuat satu pengesahan bahawa pihak nya telah menahan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, yang juga selebriti Zizie Ezette.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Ketika dihubungi pihak wartawan, beliau telah mengesahkan penahanan ahli Parlimen Kinabatangan itu, bersama isterinya itu untuk siasatan dan kini telah dibebaskan.

“Ya, mereka ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah,”

Bung Moktar telah ditahan pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie ditahan di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra, menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPRM.

Kedua-dua mereka memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sewaktu ditahan dan dibebaskan selepas lebih kurang lapan jam kenyataan mereka direkodkan, dengan jaminan SPRM.

Kenyataan media SPRM juga mengesahkan telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad itu dan isterinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here