Datin Almy Nadia Selamat Lahirkan Anak Ketiga

Pelakon dari Malaysia iaitu Datin Almy Nadia telahpun selamat melahirkan anak perempuan ketiganya pada pukul 11.25 malam Sabtu.

Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu bersalin secara normal bayi seberat 3.31 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta.

Almy Nadia telah meluahkan rasa bersyukur setelah selamat melahirkan anaknya secara normal.

Ini tulis Almy Nadia:

“Syukur Alhamdulillah, saya sudah selamat bersalin bayi perempuan secara normal. Terima kasih semua yang mendoakan saya.

“Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda semua”

Fizz Fairuz juga telah mengemaskini keadaan isterinya dan berkata semua nya selamat belaka.

Ini komen Fizz Fairuz yang popular menerusi drama rantaian Nur Kasih:

“Alhamdulilah.. isteri saya dah selamat bersalin anak kami yg no 3.. terima kasih atas semua yg mendoakan .. amin.. “

Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah mendirikan rumah tangga pada 2014 memiliki dua orang anak, Nur Afrina Arianna, 3 tahun, Nur Afrina Aurora, 2 tahun.

Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Nur Afrina Darwisyah, 9 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here