Dalam diam.. rupanya Afiq Muiz dah nikah dengan pelakon baru semalam.. TAHNIAH!

Pelakon Afiq Muiz mengesahkan dirinya kini sudah pun bergelar suami orang apabila telah selamat bernikah semalam.

Berita berkenaan disahkan sendiri oleh Afiq Muiz yang mana dia sudah bergelar suami kepada pelakon baru dari Sabah iaitu Pachara Apin atau nama sebenarnya Pachara Emmanuel Apin, 28 tahun.

Mereka berdua bernikah pada pagi Selasa.

Afiq atau Muhammad Afiq Muiz Azman, 27 tahun, memberitahu, majlis pernikahan mereka berlangsung di Bangi, Selangor.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat saja.

Pelakon berkenaan tak mahu mengulas lanjut tentang pernikahan mereka buat masa ini.

Ini antara komen dari Afiq Muiz:

“Benar saya sudah bernikah pagi tadi (Selasa)… Selebihnya nanti saya kongsi kerana buat masa sekarang tidak sesuai,”

Dalam satu majlis akad nikah, Afiq bergelar suami dengan sekali lafaz dan pihaknya menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan.

Antara rakan artis yang menghadiri majlis akad nikah kedua-dua mempelai ialah aktor Beego dan Syafie Naswip.

Afiq ada memuatnaik foto penikahannya itu dan menulis caption: “My wife Alhamdulillah”

Di laman Ig milik Pachara Apin, isteri kepada Afiw Muiz ada memuatnaik beberapa insta story tentang pernikahan mereka berdua.

Tahniah diucapkan buat Afiq Muiz dan juga Pachara Apin.

Sementara itu pelakon Syafie Naswip pula bakal menjadi adik ipar kepada Afiq Muiz apabila dia akan mengikat tali pertunangan dengan Aishah Azman pada 7 April depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here