Dah kenapa solat tengah jalan, banyak kereta pulak tu…

Seorang wanita telah berkongsi satu video yang amat pelik. Video berkenaan menunjukkan seorang lelaki solat di tengah jalan.

Video berdurasi 17 saat itu dimuatnaik dan dikongsi menerusi laman twitternya dan terus menimbulkan pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya pelik dengan kelakuan lelaki ini. Ramai juga risau jika berlaku kejadian yang tak diingin akan berlaku kepada lelaki berkenaan.

Kejadian yang aneh ini dipercayai berlaku di Lebuhraya Sprint.

Mendapat lebih 5k retweet, perkongsian ini menimbulkan tanda tanya netizen. Rata-rata mendakwa lelaki tersebut mungkin alami sakit mental sehingga mendorongnya melakukan perbuatan itu.

Ini antara komen netizen:

“Just assume he is not a normal person. Short somewhere. End of discussion.

“exactly.confirm short.and someone should take him away from the road instead of filming him for rt and views.

“Manusia sekarang sukakan popular bro. Itu yg sampai common sense pun dah tak boleh nak guna. Apa yg diorg fikir bila nampak benda2 pelik adalah keluarkan telefon dan rakam. Moga bad habit ni bole pupus la sikit demi sikit dari kita semua.

“Mentally disordered ni. Next time, kalau jumpa orang camni, report polis. Nanti polis hantar ke hospital. Korang nak hantar pun boleh juga. Cuma risau jadi apa2 kt korang la sebab orang ni kan tengah tak normal.”

Ini videonya:

SOLAT TENGAH JALAN.Bukan di Muar!!

Posted by Kitamuo on Tuesday, 11 December 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here