“Dah jadi kes Polis! Saya akan heret orang tu…” Rita Rudaini tuntut keadilan!

Baru-baru ini kucing milik pelakon Rita Rudaini dilaporkan telah hilang. Kucing bernama Pekan itu pada mulanya diberi pinjam kepada kenalan yang ingin kahwinkannya dengan kucing lain.

Namun pada awal tahun baru, Rita Rudaini dikejutkan dengan berita bahawa kucingnya itu telah hilang.

Dikatakan, kucing tersebut lari dengan mematahkan atau kopek sangkar kucing tersebut.

Apabila diberi video sangkar berkenaan, Rita Rudaini rasa seperti ada yang tak kena.

Ini komen Rita Rudaini

WAYANG APAKAH?

“Bila saya mintak nak tengok gambar cage yang dia cakap Pekan Kopek cage… saya musykil…. macam mana kederat seekor kucing boleh patahkan? Sedangkan kederat seorg lelaki untuk patahkan cage yang dah berkarat dan lama pon tak bole…. video pertama dia hantar pada saya… saya soal ‘mana muat kepala kucing saya??!!’ Selepas itu isterinya hantar pulak video kedua.. dah jadi lain dah…. besi patah satu tu dah jadi dua pulak…. wayang apakah?  moga ALLAH membalas kalau ada kekejaman pada Pekan”

Melihat perkara ini seperti ada sesuatu yang tak kena, Rita Rudaini tekad membuat laporan polis untuk menyiasat perkara berkenaan dengan lebih lanjut.

Malah Rita Rudaini juga tak taragak agak untuk ambil tindakan keras.

Ini komen Rita Rudaini lagi:

JADI KES POLIS

“Step by step saya akan buat… kes dah jd kes polis… tak jujur, tak amanah… saya akan buat apa saja… mungkin boleh bantu masalah orang lain jugak yang ada masalah mcaam saya… saya akan heret orang tu klau di dapati bersalah.. saya akan cari keadilan untuk kucing2 lain klau betul ada sindiket… saya boleh terima klau orang bercakap jujur dan mohon maaf… tapi saya tak leh terima pembohongan… wayang…. Bagi saya satu je penipuan, dah bunuh semua kebaikan… orang yang menipu sekali adakah dia boleh di percayai lagi seterusnya? Pada yang dah terambil, sila pulangkn.. saya cuma akan ambik tindakkan pada yang memberinya sahaja… tapi kalau bersubahat bersama, saya janji akan heret sekali….. mungkin lepas ni saya akan viral kan pula orang yang meminjam Pekan? Doa kan saya masih ‘memberi ruang dan peluang’ lagi….. #justiceforPEKAN”

Ini video cage kucing itu yang dikatakan tak muat untuk seekor kucing larikan diri.

Sila tonton:

Semoga kucing Rita Rudaini dijumpai semula.

Sumber: IG Rita Rudaini

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here