Cukuplah Lagakan Aaisyah Dhia Rana Dengan Lara Alana.. Sampai Scha Al Yahya Malu Dengan Che Ta

Antara dua bintang cilik paling popular di Malaysia ialah Lara Alana dan juga Aaisyah Dhia Rana. Lara Alana merupakan puteri kesayangan buat Scha Al Yahya dan Awal Ashaari manakala Aaisyah Dhia rana pula merupakan anak kepada pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Kedua-dua nya mempunyai peminat tersendiri dan sememangnya kedua anak kecil ini mempunya jutaan follower. Telatah lucu dan kecomelan yang ditayangkan kedua-dua nya sering memikat para netizen di luar sana.

Namun, ada juga cerita kurag enak di sebalik populariti yang diraih oleh dua-dua anak kecil ini, apabila mereka sering dibandingkan oleh netizen di luar sana seolah mereka ini seperti rival pula.

Bercakap tentang hal ini, Scha Alyahya mengakui pernah rasa malu hendak berjumpa dengan aktres Rozita Che Wan atau Che Ta hanya kerana anak mereka sering dibandingkan dan dilagakan oleh sesetengah netizen di laman media sosial.

Kata Scha, mereka langsung tak ada masalah dan gembira apabila anak mereka Lara Alana dan Aaisyah Dhia Rana dapat bertemu dan digandingkan dalam sebuah sesi fotografi majalah InTrend baru-baru ini.

Ini penjelasan Scha Al Yahya:

“Saya hendak jelaskan kepada semua, kami tiada apa-apa masalah apa pun. Cuma netizen sahaja suka membandingkan serta melagakan anak kami di laman sosial. Apa yang mereka kata itu tidak wujud pun, tapi perkara terbabit buatkan saya jadi malu hendak berjumpa dengan Che Ta.

“Bagaimanapun, saya gembira apabila baru-baru ini, kami bersama anak-anak dapat dipertemukan dalam sebuah sesi fotografi untuk InTrend. Saya nasihatkan cukup-cukuplah lagakan kami kerana anak-anak itu pun masih kecil dan tidak tahu apa-apa pun”

Melalui InTrend buat pertama kalinya, Aaisyah dan Lara Alana dilihat mengambil gambar bersama. Turut serta adalah anak lelaki kepada Ning Baizura iaitu Ryan. Beberap foto telah dikogsi oleh Che Ta dan juga di laman IG Lara Alana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here