Cukup-cukuplah baby sayang – Mira Filzah dah muak

Nampaknya Mira Filzah sendiri sudah jemu dengan ungkapan yag dipopularkan olehnya secara tak sengaja baru-baru ini iaitu ungkapan “baby sayang”.

Ini komen Mira Filzah tentang hal ini:

“Saya rasa sudah cukuplah dengan ‘baby sayang’ kerana ke mana-mana sahaja saya pergi, pasti diminta menyebut panggilan manja itu.”

Demikian kata Mira Filzah, apabila diminta mengulas mengenai ungkapan sering digunakannya untuk peminat yang semakin mendapat perhatian ramai itu.

Namun begitu, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda ini menyatakan dia amat tidak sangka apabila ada haiwan yang jadi mangsa dan dilibatkan sekali dengan ungkapan terbabit.

“Saya berasa serba salah apabila ada haiwan yang terkorban gara-gara panggilan berkenaan. Semestinya saya tidak menyangka sehingga begitu sekali kesannya,”

Sejak 17 Mei lalu, video kekejaman dilakukan seorang lelaki terhadap seekor monyet viral di media sosial selepas ia dikongsi sebuah portal hiburan tempatan.

Di permulaan rakaman video itu, memang ada lelaki berkenaan bercakap dengan haiwan malang itu dengan ayat ini: ‘aku kira sampai tiga, kalau kau tak cakap baby sayang, aku tembak kau’ sebelum membuat kiraan dan menembaknya tanpa belas kasihan.

Orang ramai hentam teruk perbuatan lelaki terbabit yang disifatkan sebagai tak berperikemanusiaan.

Mira berkata, dia menonton video berkenaan sekali sahaja kerana tidak sanggup menyaksikan kekejaman dilakukan lelaki itu terhadap haiwan.

“Saya tidak tergamak untuk menonton video berkenaan kerana berpendapat ia terlalu kejam. Individu itu pastinya memerlukan bantuan. Saya sendiri tidak tahu apa masalahnya?

“Baby sayang adalah panggilan positif untuk orang yang kita sayangi. Ia tidak seharusnya disalahgunakan sehingga ke peringkat begitu,”

Terbaru, polis menahan seorang pengusaha kebun pisang dan anaknya selepas dipercayai terbabit kejadian itu.

Ahli perniagaan berusia 54 tahun itu ditahan bersama anaknya berusia 19 tahun di kediaman mereka di Taman Kenangan, Setiawan, Perak.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here