“Client suka kalau tunjuk baby bump..” – Anzalna Nasir

Anzalna Nasir mengakui banyak menerima pertanyaan daripada peminatnya yang ingin tahu bagaimana dia boleh hamil selepas tiga tahun berkahwin.

Pelakon berumur 31 tahun ini, berkata dia akan berkongsi perkara tersebut di saluran Youtube miliknya namun semua yang terjadi atas keizinan Allah dan paling utama adalah kerjasama antara suami-isteri.

Daalm pada itu, Anzalna juga mendedahkan bahawa ada clientnya yang suka Anzalna untuk tayangkan baby bump nya.

Ini perkongsian dari Anzalna:

“Hello aunties and uncles! Semalam first time join mommy photo shoot. Mommy konon nak hide perut tapi client cakap kalau mommy tunjuk perut lagi diorang suka!

“Alhamdulillah. Alamak… anak i dah pandai mengadu! Hahahahahhahahha.

“Ramai sangat yang minta share macam mana Anzalna boleh pregnant. InsyaAllah i will share with you guys. Tapi kena ingat, jadinya dengan izin Allah. Apa yang penting kerjasama! Hahahahhahahahahaha

“Stay tuned. I will share on my youtube channel and dont forget to subscribe.”

Melalui entry di IG milik nya itu, Anzalna turut memuat naik video dia pertama kali menjalani sesi fotografi dalam keadaan dirinya kini sedang hamil empat bulan di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Rata-rata peminat di laman sosial teruja melihat perut Anzalna yang sudah kelihatan dengan jelas ‘baby bump’ nya.

Ramai netizen terutama peminatnya yang tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung Anzalna.

Sebelum ini, Anzalna berkongsi berita gembira kehamilannya menerusi laman sosial sempena ulang tahun kelahirannya pada 9 Januari lalu menerusi satu video yang menjadi viral.

Anzalna dan suaminya yang juga ahli perniagaan iaitu Mohamad Hanif berkahwin pada 22 Februari 2016 dan setelah hampir tiga tahun berkahwin akhirnya mereka dikurniakan rezeki yang penuh bermakna ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here