(VIDEO) Cikgu Jadi Viral, Kepala Benjol Kena Buaian Runtuh

Sungguh kesian dengan nasib seorang cikgu apabila buaian yang dinaik olehnya telah runtuh dan menghentak kepalanya. Cikgu berkenaan bernama Dermalina Othman yang merupakan guru matematik skeolah rendah.

Cikgu Dermalina berkongsi satu video yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya, memperlihatkan dia ditimpa tiang buaian sewaktu sedang leka berayun buai berkenaan. Kejadian berlaku di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu.

Video buaian runtuh itu mengundang perhatian netizen sehingga ia menerima share hampir 9,000 pengguna Facebook dan ianya terus menjadi viral.

Dermalina yang ketika itu sekadar suka-suka merakam video sedang asyik bermain buaian tidak menyangka kejadian malang itu akan menimpa dirinya.

Ini komen cikgu Dermalina tentang kejadian ini:

“Masa tu saya sendirian sahaja, saya letakkan kamera pada tripod untuk rakam video sedang bermain buaian. Sekali hayun sahaja, saya terus dengar bunyi dan pandang ke atas sebelum tiang itu terbalik dan menimpa kepala saya.

“Memang sakit sangat, rasa pening macam ada burung berterbangan di keliling kepala dengan bintang-bintang sekali, saya masa tu berdoa agar tak pengsan je. Nasib baik ada seorang pemuda, saya tak pasti sama ada dia pengunjung pantai atau peniaga di situ, tapi dia yang membantu saya”

Ini videonya:

Posted by Dermalina Othman on Saturday, 29 September 2018

Tambah guru matematik itu, dia mengambil keputusan untuk pulang ke Machang, Kelantan pada hari yang sama sebelum membuat pemeriksaan doktor pada sebelah petang.

Namun, hasil imbasan tidak menunjukkan sebarang kecederaan sebaliknya dia hanya mengalami benjol di bahagian kepala sahaja.

Menurut guru itu lagi, dia bercuti sendirian ke Terengganu selepas berhempas pulas bertugas untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada minggu lalu.

Apabila dia hadir ke sekolah pada hari Isnin, dia menjadi tumpuan dengan pertanyaan daripada para pelajar dan rakan guru yang lain tentang insiden tersebut.

“Ada anak murid yang tegur dan tanya pasal kejadian itu selepas video saya tular, rakan-rakan pun ramai yang tanya. Kalau di Facebook pula, komen orang ramai saya baca sepintas lalu sahaja. Saya kongsi pun supaya boleh memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati.

“Walaupun sakit, saya tengok pun gelak, jadi saya tak salahkan orang lain kalau mereka gelak juga bila tengok video saya”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here