Che Hafiz Tak Nak Cerai Lufya

Kisah rumah tangga pelakon Lufya Omar dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum sudah pun diketahui umu.

Terkini apabila dikatakan bahawa Che hafiz dikatakan menolak untuk bercerai padahal sebelum ini suaminya telah memberitahu bahawa dia sudah menceraikan Lufya melalui aplikasi WhatsApps.

Ia adalah kenyataan terbaru daripada Lufya ketika ditemui selepas sebutan pertama kes cerai telah berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya, Selangor,pukul  3 petang tadi.

Komen Lufya lagi tentang isu rumah tangganya:

“Saya tak boleh nak komen banyak kerana kes ini belum selesai. Apa yang pelik dia sudah ceraikan saya menerusi WhatsApp dan memaklumkan perkara itu kepada beberapa media.

“Sekarang, dia tarik balik dan cakap tak mahu ceraikan saya,”

“Alhamdulillah, hari ini saya dapat kekuatan bawa Laana Haura untuk bertemu bapanya selepas beberapa bulan tidak bersua muka.

“Saya mahu anak saya dapat kasih sayang daripada bapanya. Tadi pun, berkali-kali Laana Haura panggil bapanya. Apa pun terjadi, dia tetap bapa kepada anak saya,”

Pihak media juga ada sempat bertanya kepada Che Hafiz kenapa dia memilih menolak penceraian tersebut. Ini komen darinya:

“Saya tidak boleh ulas lanjut. Peguam menasihati saya supaya mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah,”

Sebagai bapa, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan abaikan anak. Pada masa sama, saya tidak akan pisahkan dia dengan Lufya,

Lufya dilihat telah hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Fadhlina Sidek dan suaminya pula, Che Muhammad Hafiz pula bersama peguamnya, Muhammad Hilmi Musa.

Tarikh sebutan semula ialah pada 10 Disember 2019 yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Terdahlulu apabila perbicaraan ini berlangsung pada 16 Oktober tetapi Che Muhammad Hafiz tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Pelakon Lufya dan Doktor, Che Muhammad Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Laana Haura.

10 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here