Che Hafiz Buat Laporan Polis Terhadap Lufya

Pelbagai isu rumah tangga pelakon dan Luyfa yang dikatakan hangat di kalangan netizen diperkatakan.

Terbaru apabila suami kepada pelakon ini telah membuka mulut berkaitan masalah rumah tangganya itu.

Tidak tahan apabila pelbagai pihak melemparkan pelbagai kecaman yang keterlaluan keterlaluan, dia telah bertindak membuat satu laporan polis terhadap isterinyanya sendiri.

Jelas Dr Che Hafiz lagi dia telah pun membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada minggu lepas atas sebab mahu menjaga serta membersihkan nama keluarganya dan imejnya sebagai doktor yang bekerja di sektor awam.

Komen Dr. Che Hafiz lagi :-

“Semua tuduhan dia terhadap saya itu tidak benar dan ia keterlaluan! Disebabkan tuduhan yang dilemparkan itu juga telah menjejaskan imej saya dan masyarakat mula memandang saya dengan negative”.

“Jadi, saya bertindak membuat laporan polis terhadapnya demi menjaga dan membersihkan nama keluarga serta imej saya sebagai seorang doktor,”

“Saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai perkara ini sebab kes sudah dalam siasatan polis. Kalau saya bagi banyak lagi kenyataan, bimbang timbul masalah lain pula”.

“Jadi, apa-apa pun kita tunggu saja keputusan siasatan itu. Tapi, saya dah bersedia naik mahkamah untuk selesaikan masalah kami sebab saya ada bukti yang kukuh segala tuduhan itu tidak benar,”

Kemelut rumah tangga pasangan ini diketahui umum apabila Luyfa sendiri mendedahkan di media sosial Instagram .Dia mendakwa bahawa dipukul serta suaminya itu mengabaikan tanggugjawabnya sebagai suami.

Hafiz juga dikatakan tidak mahu memberi sebarang komen tentang masalah rumah tangganya kerana kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

Menurut Dr Che Hafiz dia juga sudah bersedia jika perlu ke mahkamah bagi menyelesaikan masalah antara mereka kerana dia ada bukti bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here