Burung Merpati Ditembak, Ramai Tak Sangka Apa Yang Burung Itu Bawa.. Menda Tu??

Burung merpati adalah sejenis burung yang amat biasa dilihat di serata dunia ini. Malah ada juga merpati jinak yang telah dijadikan haiwan peliharaan dirumah.

Akan tetapi tahukah kalian, bahawa burung ini juga boleh memainkan peranan penting pada zaman dulu terutama ketika berada di alam peperangan.

Merpayi mmiliki kemampuan untuk pulang ke tempat asalnya, terbang dengan laju dan tinggi, burung jenis ini digunakan sebagai penghantar pesanan ketika peperangan dulu kala.

Namun, meskipun dulunya dianggap sebagai penyelamat, tetapi kini burung spesis ini juga boleh menjadi pengancam apabila mereka dilatih untuk menerbangkan bahan-bahan terlarang.

Satu kejadian melibatkan burung merpati telah berlaku di penjara Santa Rosa, Argentina. Ini apabila polis dilaporkan telah menembak mati seekor burung merpati yang terbang di kawasan berkenaan.

Yang memeranjatkan adala ada sesuatu yang melekat di badan burung berkenaan. Merpati itu bersama sebuah beg kecil yang melekat pada badannya.

Setelah memerhatikan tindak tanduk haiwan itu yang didapati berulang-alik ke kawasan penjara itu, polik mengambil tindakan menembak seeokor burung dan mendapati ianya membawa barang terlarang seperti ganja, pil penenang dan pemacu USB.

Kemahiran burung merpati dalam menghantar pesanan disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengirim barang-barang terlarang kepada para banduan di penjara tersebut.

Setelah kantoi, satu siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, dan akhirnya tiga suspek yang terlibat ditahan.

Sumber: BBC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here