“Bosan dengan penipuan dan komplot” – Anwar Ibrahim akhirnya bercerita tentang anaknya, Nurul Izzah

Memang kecoh apabila Nurul Izzah letak jawatan selaku naib presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang pada Isnin lepas.

Ahli politik berpengaruh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi respon dan menyokong keputusan anak perempuannya iaitu Nurul Izzah untuk meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR.

Anwar Ibrahim memebritahu, perkara ini sebenarnya terpulang sepenuhnya kepada anaknya itu yang sentiasa berani mempertahankan perkara yang dipercayai oleh beliau.

Presiden PKR itu berkata bahawa beliau dan Nurul Izzah sudah lama berbincang tentang hasrat anak sulungnya itu untuk meletakkan jawatan.

Khabarnya, Nurul Izzah letih dengan penipuan dan komplot yang berlaku dalam dunia politik.

Ini jelas Anwar Ibrahim:

“Saya bukan orangnya untuk mendedahkan butiran lanjut, tetapi saya tahu bahawa dengan perkembangan politik selama sembilan bulan terakhir ini yang tidak berkesudahan.

“Beliau (Nurul Izzah) letih dan bosan dengan penipuan dan komplot oleh mereka yang lebih berminat untuk bermain politik dan bukannya memberi tumpuan kepada membantu rakyat,”

Anwar Ibrahim memberi contoh tentang tindakan beberapa pemimpin yang lompat parti demi menyelamatkan ‘pengaruh politik’ mereka dan telah menyebabkan kekecewaan rakyat.

Beliau juga berkata bahawa Nurul Izzah tetap ingin meletakkan jawatan walaupun dilantik menjadi naib presiden parti dengan meraih majoriti besar.

“Ini adalah indikmen sesetengah individu dalam kepimpinan parti yang meletakkan ketamakan sendiri melebihi perpaduan parti,” katanya lagi.

Beliau berkata selama 20 tahun lalu, semangat Reformasi yang ditanam dalam diri Nurul Izzah tetap teguh dan bertahan untuk menentang pelbagai cabaran kerana mereka kekal berada di landasan asal.

“9 Mei adalah satu titik perubahan, tetapi kemenangan kita dalam mencapai ruang demokratik yang lebih besar tidak boleh dikira jika agenda reformasi disabotaj.

“Walaupun saya tidak dapat menafikan bahawa keputusannya adalah satu kerugian besar kepada bukan sahaja PKR tetapi kepada seluruh negara.

“Saya menyeru kepada semua ahli parti dan rakyat Malaysia agar menghormati keputusannya dan memberi ruang kepada beliau untuk berfikir tentang langkah seterusnya.

“Dengan rasa tanggungjawab dan komitmennya, meletakkan keutamaan kepada kepentingan rakyat, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa dia akan terus berkhidmat dengan baik,”

Itulah penjealsan dari Anwar Ibrahim.

Sumber – The Star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here