Lagu Bobo Dimana Akhirnya Dah Ada Muzik Video Official

Lagu yang telah trending di Malaysia iaitu Bobo Di Mana nyanyian Dato Seri Aliff Syukri bersama Sajat dan Lucinta Luna akhirnya mengeluarkan muzik video nya yang official.

Muzik video itu dilancarkan di laman Youtube milik Dato Aliff Syukri iaitu channel Terlajak Laris TV. 24 jam selepas video itu dilancarkan, ianya telah ditonton sebanyak lebih 200 ribu tontonan. Sehingga kini ianya sudah mempunyai 33k dislikes berbanding hanya 7k likes sahaja yang diterima dari para penonton.

Ini videonya:

Bobo Di Mana Official Music Video Dato Alif Syukri

Bobo Di Mana Official Music Video Nyanyian Dato Alif Syukri, Sajat & Lucinta Luna

Posted by Vutsi studio on Tuesday, 18 September 2018

Sebelum ini, minggu lepas, Aliff Syukri melancarkan muzik video lirik untuk lagu berkenaan yang menjadi trending. Ianya mendapat dislike yang amat banyak iaitu sebanyak 393k dislike berbanding hanya 49k likes sahaja.

Video berkenaan ditonton sebanyak 8 juta kali sejak dimuatnaik minggu lalu.

Namun begitu, video berkenaan dikritik hebat kerana menampilkan Sajat dan Lucinta Luna yang berpakaian agak terdedah.

Selain itu, ada komposer dari Indonesia yang membaut dakwaan lagu berkenaan telah meniru lirik lagunya yang berjudul Semalam Bobo Dimana. Komposer dari Indonesia itu kecewa kerana lagunya diciplak tanpa pengetahuannya.

Namun Aliff Syukri menafikan dakwaan itu dan mengatakan di tak tahu hal berkenaan selain merupakan penyanyi sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here