‘Beri ruang, saya perlu bernafas.. berfikir’ – Linda Rafar

Ahli kumpulan Elite iaitu Linda Rafar mengatakan kepada para peminatnya bahawa dia okey dan janganlah bimbang akan dirinya.

Linda Rafar memberitahu dirinya kini berada dalam keadaan yang amat baik walaupun kontroversi sedang melanda dirinya ekoran isu jururawat yang menjadi panas.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Linda Rafar telah meminta supaya orang ramai memberinya ruang untuk berfikir kerana buat masa ini dia buat keputusan untuk mendiamkan diri.

Ini tulisnya:

“To all my followers.. don’t worry to much I’m ok… Its okay to keep silent than being bold. For bold could be injurious and silent could be gold.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa, concern dan highest understanding to give me the space i need to breathe and think. Will keep u guys posted on my progress,”

Linda berkongsi luahan perasaannya itu di akaun Instagram (IG) beberap hari yang lalu.

Sebelum ini, Linda Rafar telah menajdi tumpuan ekoran meluahkan rasa kecewa terhadap layanan buruk diberikan jururawat di hospital di Shah Alam tempat ibunya bernama Rasimah Abd Rahman dirawat.

Ibu Linda berumur 73 tahun itu alami masalah jangkitan kuman akibat disengat dan kerana kencing manis yang dialami, jangkitan itu telah merebak.

Ketika berada di hospital, permintaan Linda untuk membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis tidak diendahkan dari 3 pagi hingga 1.30 petang Khamis.

Status yang dimuat naik di Instagram Story miliknya itu menjadi viral sehingga mendapat pelbagai maklum balas pengikut serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here