Bergambar bersama, baju sedondon, Dai Syed jelaskan hubungan dengan Joy Revfa

Sebelum ini, ahli perniagaan Joy Revfa telah memuat naik gambar bersama bekas peserta program Da’i iaitu Syed Iqmal di Instagram.

Ini sekaligus mengundang cakap-cakap kononnya mereka berdua ini sedang menjalin hubungan istimewa.

jika dilihat di foto berkenaan, pasangan itu kelihatan mesra selain tampil memakai baju sedondon sekaligus menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Tidak mahu ia terus menjadi tanda tanya orang ramai, Dai Syed (24 tahun) berkata, dia dan Joy Revfa (32 tahun) sebenarnya bukanlah pasangan kekasih seperti didakwa netizen.

Jelas Dai Syed, mereka berdua hanyalah rapat sebagai kawan malah dirinya menganggap Joy sebagai kakak.

Dalam pada itu, Dai Syed memberitahu dirinya ketika ini berstatus single.

Ini komen Dai Syed:

“Tiada hubungan cinta pun… Saya sudah anggap Joy macam kakak sendiri tambahan pula jarak umur kami agak besar.

“Gambar itu diambil ketika kami mendapat undangan berbuka puasa di Menara KL dan pakaian sedondon kami pun tidak dirancang sebenarnya,”

Bercakap lanjut mengenai hubungannya dengan Joy, Syed berkata, dia mengenali wanita berusia 32 tahun itu sekitar dua tahun lalu ketika Joy sedang menghadapi kemelut rumah tangga dengan Hafiz.

“Saya dah kenal lama… Ketika itu Joy selalu minta nasihat tentang situasinya ketika itu dan saya sering berpesan agar sentiasa kuat semangat dan kembali bangkit.

“Sejak itu hubungan akrab sebagai rakan itu berkekalan sehingga ke hari ini,”

Sementara itu, Syed berkata, dia tidak menolak sekiranya dipertemukan dengan seorang wanita yang lebih berusia selain memegang status ibu tunggal.

Namun begitu, kata Syed dia lebih selasa untuk mencari pasangan yang sebaya dengan umurnya.

Untuk pengetahuan, Joy Revfa sebelum ini pernah menjadi tumpuan kerana kes pencerai nya dengan bekas suami, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here