“Benda paling penting…” Sajat muatnaik gambar Kotex lagi

Usahawan kosmetik yang boleh dikatakan antara paling popular di Malaysia iaitu Nur Sajat sekali lagi menjadi tumpuan oleh para netizen minggu ini.

Untuk kali ini, Nur Sajat dilihat telah memuat sekeping gambar di Instagram yang menjadi bualan hangat oleh para followernya.

Gambar yang dimuat naik adalah beberapa barangan, termasuk tuala wanita jenama Kotex.

Diruang caption, Sajat mengatakan perkara tersebut merupakan benda paling penting untuk dibawa dan harus sentiasa sedia.

Ini tulis Sajat:

“Benda paling penting dan akan dibawa ke mana-mana. Walaupum mahal kat sini. Tetapi kena ready,”

Ini fotonya:

Mula saja dimuatnaik di laman IG milikya yang mempunya lebih sejuta follower, ianya terus dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Sehingga kini, gambar tersebut ternyata menjadi medan follower untuk berbicara dan berkongsi pendapat apabila sudah menerima lebih dari 16 ribu komen dari netizen.

Usahawan itu kini sedang berada di negara Lebanon untuk mengikuti kelas jangka pendek untuk belajar cara mendandan rambut.

Sumber: IG Nur Sajat

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here