Belum Ada Kenyataan Rasmi Amyra Rosli Bertudung

Pelakon wanita jelita Amyra Rosli yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini dengan keluarga kecilnya dilihat ayu mengenakan tudung. Namun dia tidak mahu mengumumkan secara rasmi bahawa dia sudah benar-benar bertudung.

Menurut Amyra juga dia meminta agar pihak netizen tidak keliru dengan status sama ada dia sudah bertudung sepenuhnya mahupun tidak. Kata Amyra lagi, dia masih lagi terikat dengan kontrak yang membuatkan dia muat naik gambar tidak bertudungnya di media sosial.

Komen Amyra Rosli lagi tentang isu bertudung penuh ini :

“Saya tak nak menghebahkan apa-apa dan tak nak secara rasmi cakap saya sudah bertudung. Tapi orang keliru juga sebab watak yang saya bawa sekarang dalam tv pun bertudung”.

“Saya masih lagi ada komitmen yang memerlukan saya untuk muat naik di media sosial yang tak bertudung. Namun bukanlah bermaksud saya kena ambil gambar tak bertudung, ia gambar lama yang pelanggan sudah luluskan dan wajib saya muat naik”.

“Saya harap semua pihak jangan memaksa atau desak saya untuk cakap saya sudah bertudung sepenuhnya. Saya sendiri mahu mendiamkan diri. Doakan yang baik-baik,”

“Itulah yang ajaibnya, saya tiada niat langsung, tak dapat mimpi apa-apa dan keputusan itu datang secara semula jadi. Apabila balik daripada umrah, ada tetamu datang rumah, saya terus mengenakan tudung”.

“Ramai orang suka saya bertudung sebenarnya dan saya ambil itu sebagai kekuatan. Namun apa yang saya dapat di Makkah, biar saya saja tahu,”

Dia yang turut menceritakan tentang penampilan berhijabnya, berkata bahawa keputusan tersebut datang secara tiba-tiba dan tiada paksaan daripada pihak lain. Pelakon ini berkata dia tidak menolak jika mungkin iany sudah sampai masanya untuk menutup aurat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here