Pakai Skirt Belanja Peha, Zahirah MacWilson Beri Respon

Pelakon cantik jelita Zahirah MacWilson menjadi buah mulut beberapa minggu lalu apabila tampil memakai pakaian yang agak terdedah dan foto berkenaan di muat naik di laman media sosial miliknya.

Memang ada segelintir yang mengkritik cara pemakaian Zahirah MacWilson apatah lagi pelakon ini memakai skirt menampakkan pehanya sekaligus mengundang komen negatif.

Apabila dikritik, Zahirah Macwilsin tampil memberi penjelasan bahawa pemakaiannya mengikut fesyen Harajuku dan ianya adalah atas urusan kerja. Fesyen dan budaya berkenaan sebenarnya amat terkenal di Jepun.

Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol berkata, dia bukan sengaja berpakaian sedemikian.

“Apa yang saya pakai itu adalah sebahagian daripada kerja dan bukan saja-saja. Pakaian Harajuku itu disediakan oleh pihak AirAsia sempena kunjungan ke Tokyo Jepun baru-baru ini”

Dalam pada itu, Zahirah berkata, dia sedar dan sudah pun menjangka bahawa perkara berkenaan bakal menjadi isu dalam kalangan netizen.

“Saya tahu ia akan jadi pertikaian kerana menampakkan paha dan seksi isu yang sensitif di Malaysia. Saya melakukan atas sebab kerja seperti kita berlakon kita kena bawa watak gadis suka berparti atau antagonis”

Isu tersebut menjadi besar apabila foto berkenaan dimuat naik blog hiburan tempatan yang menimbulkan fitnah.

“Ada blog yang ambil dan tulis saya sedang bercuti, walhal saya ke sana atas sebab kerja. Netizen pula mula memberi komen negatif”

Itulah penjelasan dari Zahirah MacWilson tentang foto berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here