Bakal berkahwin, ini ucapan bekas kekasih, Qi Razali kepada Nelydia Senrose

Pelakon, pemain drum dan pengacara Qi Razali memberi respon bahawa dia rasa amat bahagia apabila meliat bekas teman kekasih, Nelydia Senrose bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi.

Qi Razali telah mendoakan segala urusan Nelydia dan bakal suaminya dipermudahkan selain berharap mereka berdua akan sentiasa bahagia sehingga ke akhir hayat.

Ini ucapan Qi Razali:

“Alhamdulillah saya bahagia dia berjumpa dengan seorang lelaki yang baik dan boleh membimbingnya.

“Semoga Nelydia berbahagia dan semua yang diimpikan akan terlaksana dalam perkahwinan mereka nanti.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk Nelydia dan suami, tahniah! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu,”

Dalam pada itu, Qi juga berharap persiapan perkahwinan Nelydia bersama Hafez berjalan lancar selain dia juga sempat menitipkan salam buat semua ahli keluarganya.

Itulah ucapan dari Qi Razali kepada Nelydia Senrose.

Diimbas kembali, Nelydia Senrose dan Qi Razali pernah bergelar pasangan kekasih sejak tahun 2013, namun begitu hubungan mereka terlerai dua tahun kemudian.

Nelydia Senrose dijangka melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan bernama Hafez dalam masa terdekat ini. Nelydia dan Hafez telah berkenalan selama setahun seblum mengambil langkah untuk menjalin hubungan yang lebih serius.

Manakala Qi Razali pula kini sudah menemui pengganti dan sedang hangat bercinta dengan gadis bernama Nia Atasha Rosli yang juga merupakan seorang pengacara untuk program hLive terbitan Astro.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here