Baju Lama Tak Boleh Pakai Dottie Cuba Gaya Baru

Pelakon yang sinonim dikenali dengan Dottie atau nama sebenarnya ialah Nor Syuhaida Abdul Razak telah menjadi buah mulut para netizen.

Gara-gara penampilan fesyen terbaru yang ditampilkan oleh pelakon ini yang menunjukan dia sedang mengalami perubahan berat badan yang ketara.

Bukan itu sahaja, perubahan bentuk badan serta fesyen yang dikenakan oleh pelakon ini yang membuatkan golongan netizen kurang senang.

Imej baru yang dikenakan oleh Dottie dikatakan seksi dan keterlaluan yang mempertontonkan bahagian perutnya menjadi kecaman netizen.

Ternyata dengan hilang 13 kilogram daripada berat badanya Dottie kelihatan kurus semenjak berdiet dari awal tahun.

Pelakon ini juga memberitahu bahawa sejak penurunan berat badanya dia sedang mencuba pelbagai gaya fesyen terbaru yang sesuai dengan dirinya.

Antara komen dari pelakon ini lagi tentang gaya terbarunya serta diet yang diamalkan:

Saya sebenarnya baru nak meneroka gaya baharu yang sesuai untuk saya disebabkan hilang berat badan. Jadi, pakaian lama sudah tak boleh pakai.

Bagi saya, tak adalah seksi melampau pun cuma mungkinlah pandangan segelintir orang yang melihat saya seksi kerana bentuk badan saya. Sejak awal tahun lagi saya mula berdiet dan sudah turun sebanyak 13 kilogram.

Kalau nak ikutkan, perlahan juga progres penurunan berat badan saya ini tetapi saya tak kisah asalkan caranya sihat. Saya berdiet bukan sebab orang kutuk tetapi untuk diri sendiri, apabila usia sudah bertambah lebih baik kita mencegah daripada mengubati.

Kaedah saya cumalah menjaga pemakanan, elakkan minuman manis, bersenam dan mengambil vitamin tambahan sahaja

Pelakon ini juga turut memberitahu bahawa dia mengamalkan diet permakanan sihat dan menjaga polar pemakanan yang ternyata amat berkesan terhadap dirinya.

Dottie juga sempat berkongsi tips diet untuk semua orang sahaja yang mahukan perubahan dan menurunkan berat badan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here