Ariz Forteen Terkejut Dengan Tindakan Izzue Islam

Keputusan selebriti popular Izzue Islam untuk keluar daripada kumpulan Forteen bukan saja mengejutkan peminat, malah menimbulkan persoalan kepada anggota kumpulan itu sendiri.

Perkara ini diutarakan oleh salah seorang anggota Forteen iaitu Ariz Lufias. Ariz akui memang timbul salah faham antara mereka tetapi keputusan Izzue Islam keluar Forteen dibuat terburu-buru tanpa berbincang dengan ahli yang lain.

Ini kenyataan dari Ariz Forteen:

“Kami sangat terkejut dan ini bukan gimik. Memang ada sedikit insiden berlaku antara kami, tetapi untuk dia buat keputusan (keluar dari Forteen) tanpa berbincang adalah sesuatu yang mengejutkan.

“Lumrah sesebuah kumpulan muzik akan ada masalah dan salah faham. Cuma, sebelum ini, kalau ada apa-apa masalah, kami akan berbincang.

“Ini kerana kami sudah tujuh tahun bersama dan sudah macam adik-beradik”

Malam tadi, Izzue Islam mengejutkan peminat apabila mengumumkan akan bergerak solo dan meninggalkan Forteen ketika di segmen karpet merah pentas akhir musim kelima Gegar Vaganza (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam.

Izzue memberi alasan bahawa dirinya tidak lagi sesuai berada dalam Forteen berikutan prestasinya kurang memuaskan selain tiada lagi persefahaman antara mereka.

Ariz berkata, anggota kumpulan itu digabungkan pada sesi uji bakat dan cukup mengenali antara satu sama lain.

“Kalau ada masalah, kami berbincang dan apabila timbul masalah kecil macam ini, ia cukup mengejutkan kami.

“Kami pernah tanya Izzue ketika bertarung dalam GV5, kalau ada masalah bagi tahu dan kita boleh berbincang.

“Setiap kali nampak dia lain macam, kami akan bertanya dan ajak berbincang. Kami sudah rancang macam-macam projek selepas GV5, tiba-tiba jadi macam ini”

Ariz berkata, dia dan teman-teman mahu memberi masa kepada Izzue untuk bersendirian dan bertenang. Kemudian mereka ankan berbincang dengan Izzue Islam tentang perkara ini.

Tambah Ariz, buat masa kini, Forteen akan bergerak secara bertiga iaitu Ariz, One dan Ameer.

“Kami akan bergerak bertiga… Sebelum ini, kami memang bertiga dan tak mustahil akan tambah ahli di masa depan,”

“Semua peserta GV5 jika diikutkan tertekan dengan komitmen dan tugasan mingguan… Semua orang rasa.

“Malah, ketika kami terkeluar daripada GV, Forteen mendapat komen positif semua orang.

“Kalau Izzue anggap dirinya sudah tak ada fungsi dalam Forteen, mana mungkin dia mampu berada bersama kami selama tujuh tahun”

Kata Ariz lagi, Izzue Islam adalah vokalis utama kumpulan itu dan bakatnya memang diperlukan. Itulah komen dari Ariz tentang isu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here