Apakah mereka tahu bila anak saya sedekah, bila anak-anak ke masjid, bila mereka membantu orang?

Normah Damanhuri membuat pengakuan bahawa komen dari netizen ketika kontroversi melibatkan perkahwinan anaknya membuat dirinya sedih terutama apabila dikritik cara dia mendidik keluarga.

Sebelum ini memang kecoh tentang kontroversi penari yang membuat persembahan di majlis perkahwinan anaknya, Ahya Rosli.

Sebagai ibu, Normah Damanhuri berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menegur anak-anak jika ada perkara yang dirasakan tidak betul dilakukan mereka.

Ini komen Normah Damanhuri:

“Saya tak tahu nak cakap apa… Orang selalu nampak saya membiarkan apa sahaja anak buat.

“Tetapi sebagai ibu, semestinya saya menegur mereka tanpa henti jika ada salah silap pada pandangan mata saya. Takkan saya nak biarkan sahaja?

“Benda yang tidak elok saya tak sokong, begitulah juga sebaliknya… Masing-masing sudah besar”

Dek kerana kontroversi berkenaan, Normah telahpun membuat permohonan maaf di laman IG miliknya.

Normah menjelaskan, sebenarnya dia memang tak sangka persembahan hiburan untuk tetamu itu mengundang perasaan kurang senang netizen sehingga keluarganya menerima kritikan hebat.

Akan tetapi, Normah sebenarnya takdelah marah kepada netizen.

“Cuma, sesetengah komen mereka membuatkan saya sedih. Ada yang mengatakan, apabila kena hentam barulah nak minta maaf.

“Ada juga yang menganggap saya menyokong perkara ini dan saya jugalah yang merakamkan videonya. Saya tak faham kenapa mereka suka membuat tuduhan sebarangan?”

Ditanya tentang beberapa komen yang ditulis oleh Normah, ini respon balas pelakon ini:

“Betul, saya sempat membalas komen netizen. Saya komen bukan kerana netizen mengkritik majlis itu, tetapi mereka pergi ke ‘posting’ gambar lain dan menghentam kami anak-beranak menggunakan kata-kata yang sangat kesat.

“Walaupun anak-anak sudah melarang saya daripada membalasnya, sebaliknya abaikan sahaja komen terbabit.

“Namun, sebagai ibu, saya marah kerana mereka bercakap mengenai anak-anak saya seolah-olah mereka tiada agama… Saya bukannya malaikat.”

“Kalau mereka tidak tahu mengenai kami anak-beranak, jangan cakap sebarangan. Apakah mereka tahu bila anak saya bersedekah, bila anak-anak ke masjid, bila mereka membantu golongan memerlukan? Tidak… Mereka tak tahu kerana keluarga kami bukannya suka menunjuk-nunjuk perkara kebaikan yang dibuat.

“Kerana terlalu geram, saya membalas komen mereka. Tetapi tidak lama kemudian, saya padamkan semula,”

Ahya Rosli telah bernikah dengan gadis pilihan yang dikenali sebagai Shahirah di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur, pada 29 Mac lalu.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here