Apa Kes Nabila Razali Kerap Muntah, Rasa Tak Sedap Badan..

Penyanyi sedang meningkat naik iaitu Nabila Razali telah menyatakan bahawa dirinya akan berasa kerap muntah dan rasa tak sedap badan ketika menunggu giliran untuk membuat persembahan pentas.

Ini adalah gara-gara rasa gementar melampau yang dihadapinya ekoran kerap terlalu memikirkan tentang penerimaan orang ramai terhadap kemampuannya untuk menyanyi.

Ini pengakuannya:

“Sejujurnya, saya rasa takut membaca komen netizen yang sering mencari salah saya sehingga satu tahap, saya rasa gementar sangat kerana berfikir mengenai penerimaan serta kritikan yang bakal dilemparkan netizen.

“Saya sendiri tak faham, kadangkala ada sesuatu perkara yang tak ada kena mengena dengan diri saya, tetap saya yang kena… Wujud segelintir netizen yang suka ‘petik’ nama saya dan libatkan saya dalam perkara tersebut… Perkara itu berlarutan sehingga sedemikian rupa.

“Perkara itu membuatkan saya gementar sehingga kerap muntah dan rasa tak sedap badan sebelum memulakan persembahan nyanyian,”

Kata penyanyi yang mula popular dengan lagu Pematah Hati ini, dia turut akan rasa sedih dan terguris hati dengan kata-kata kurang enak yang dilemparkan oleh para netizen terhadapnya.

Ini komennya:

“Saya membaca komen untuk memperbaiki kelemahan saya tetapi kadangkala ada yang melampau. Memang saya tak ambil peduli, tetapi sebagai manusia biasa, ada kalanya saya terguris.

“Walaubagaimanapun, saya tetap bersemangat memperbaiki kelemahan saya. Saya menghadiri kelas vokal dan sering bertanya dengan penyanyi senior lain mengenai teknik nyanyian agar saya dapat kualiti suara yang baik di masa akan datang,”

Semoga maju jaya buat Nabila Huda.

Sumber: Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here