“Anak pertama lebih baik lelaki, sebab..” – Baca penjelasan Elfira Loy

Pelakon popular tanah air, Elfira Loy kini sedang mengandung anak pertama di trimester pertama hasil perkahwinan pada bulan Januari yang lepas.

Elfira Loy akui apabila berbicara tentang jantina anak sama lelaki atau perempuan, Elfira lebih gemar dengan bayi perempuan.

Namun, Elfira memberitahu untuk kelahiran sulungnya dia berharap dapat menimang cahaya mata lelaki kerana dilihat masa depan kelak dapat menjaganya.

Ini komen Elfira Loy:

“Of course la suka girl sebab banyak barang boleh shopping hehe.

“Tapi as first child lebih baik lelaki sebab boleh jaga kita.

“Perempuan (anak) esok dah besar lepas kahwin kena ikut laki dia, kalau (anak) lelaki jaga mama dia hehehe”

Sebenarnya, telah timbul isu jantina bayi ini adalah kerana Elfira Loy menjawab persoalan dari followernya. Ini selepas pengikutnya bertanyakan mengenainya ketika sesi ‘ask me question’ yang dilakukan menerusi IG Story semalam.

Menerusi soalan lain, rata-rata bertanya mengenai rutin kecantikannnya serta bagaimana menjaga hubungan dengan pasangan.

Untuk pengetahuan, Elfira Loy mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here