Anak non stop main game, ibu terpaksa datang cyber cafe suap anaknya makan

Ini kisah tentang seorang ibu kepada budak lelaki gilakan bermain game.

Seorang ibu telah dirakam sedang menyuap makanan kepada anak lelakinya yang tak nak berhenti bermain permainan video dikatakan hampir selama 48 jam.

Rakaman video itu yang dipercayai diambil dari sebuah kafe internet di negara Filipina yang menunjukkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terlalu asyik bermain game.

Remaja itu hanya fokus kepada skrin komputer kemudian telah disuapkan makanan oleh ibunya.

INI KOMEN IBUNYA

Ibu remaja berkenaan bernama Lilybeth Marvel, 37 tahun. Dia berkata, dia amat risau dengan keadaan anaknya sehingga dia terpaksa datang ke cyber cafe itu untuk menghantar sarapan kepadanya.

Cyber cafe itu dikatakan terletak di Nueva Ecija, Filipina.

Ini antara kata-kata ibu remaja itu:

“Kasihannya anak saya… nah, makan sekarang.

“Anda mempunyai banyak wang, ia mungkin ambil masa sehingga esok untuk anda pulang ke rumah.

“Adakah anda masih perlu kencing? Saya kasihan dengan anak saya. Tapi keadaannya amat menjengkelkan,”

Lilybeth Marvel turut bertanya kepada anaknya itu sama ada dia mahu makan vitamin yang turut dibekalkan oleh neneknya.

Ditanya kenapa dia membawa sarapan pagi ke kafe tersebut dan tak marah anaknya, Lilybeth berkata: “Saya sering berleter mengenai permainan video tetapi ia tidak berkesan. Jadi saya cuba pendekatan berbeza,”

Khabarnya, remaja berkenaan telahpun berhenti dari sekolah dan kini ibu bapanya sedang cuba untuk menangani masalah ketagihan bermain permainan video.

Kini ibu remaja berkenaan turut meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi tips bagi menangani masalah anaknya itu.

Sumber – Mirror.co.uk / mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here