Anak Kini Sakit, Netizen Report Pada Bekas Suami, Ini Respon Balas Rita Rudaini

Pelakon popular Rita Rudaini kini dikenali sebagai seorang ibu tunggal yang bertungkus lumus naik mahkamah untuk mempertahankan hak nya.

Dalam pada itu, Rita Rudaini sentiasa memuat naik gambar perkembangan anak-anaknya di laman media sosial Instagram.

Sememangnya Rita Rudaini seorang ibu tunggal yang amat tabah dan seorang yang penyayang yang sangat mengambil berat terhadap anak-anaknya.

Dalam perkembangan terkini, Rita telah berkongsi keadaan anaknya yang kini sedang sakit. Rita telah upload gambar anaknya sedang demam sehinggakan telah dimasukkan ke hospital.

Anak Rita bernama Arjuna telah dimasukkan ke hospital apabila jatuh sakit dan kini alami demam.

Ini perkongsian caption dari Rita Rudaini:

“Dia demam dr tgh mlm td…mommy xtido jaga smpi pagi…pg td mommy kena p shotg…Tq ticer tolong jaga adik masa mommy shotg…n tq aunty Cta n uncle rizal tolong bwk adik pergi klinik skrg ni coz mommy blum abis keja lg… adik panas 39.4c. Sikit lg mommy nk abis .. Tak sabar nak balik peluk dia @airitqaqa727”

“Terima kasih kakak nurse jaga @airitqaqa727

“Tq mak ngah @cik_ala117 n kakak eisya @batrisyiaasrin tolong jaga adik bila mommy kena pergi shooting.”

Rata-rata followernya di laamn IG bersimpati dengan apa yang berlaku dan mengucapkan kata-kata semangat buat anaknya.

Akan tetapi, ada juga sesetengah netizen yang telah ‘tag’ gambar berkenaan kepada bekas keluarganya. Antaranya seperti Rozita Che Wan, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.

Malah ada juga mengatakan sudah DM kepada Aidil zafuan tentang keadaan anaknya itu. Rita Rudaini dengan tenangnya membalas komen netizen berkenaan.

Airit Qaqa Arjuna yang kini berumur 7 tahun merupakan anak kedua Rita Rudaini hasil perkahwinan dengan pemain bola sepak Malaysia iaitu Aidil Zafuan.

Semoga Arjuna cepat sembuh!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here