Aliff Syukri Nak Jual Instagram Anaknya, Letak Harga RM40k

Sebelum ini, agak kecoh di media sosial tentang satu video mendakwa anak angkat usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri telah didera oleh pembantu rumah.

Menerusi video tersebut menunjukkan pembantu rumah Aliff, warganegara Indonesia didakwa tunjal kepala Qayyum yang sedang dipegang oleh pembantu rumah yang lain.

Oleh kerana terlalu stress dan tak tahan kerana asyik dikritik terutama dalam soal penjagaan mereka, Aliff Syukri membuat keputusan untuk menjual akaun Instagram berkenaan. Malah harga yang diletakkan amat mengejutkan iaitu dengan harga RM40,000.

Menerusi satu post di Instagram, Aliff Syukri mengatakan pada awalnya beliau tidak mahu menjual akaun tersebut kerana untuk dijadikan kenangan apabila mereka sudah dewasa kelak dan mahu ibu bapa kandung melihat anak-anak mereka membesar, namun terpaksa menjualnya memandangkan akaun tersebut berterusan mencetuskan masalah dan kritikan orang ramai.

Kata Aliff Syukri lagi, jika ramai yang memberikan sokongan agar tidak menjual akaun tersebut, beliau akan membatalkan hasratnya itu dan akan akaun tersebut akan diteruskan seperti biasa.

Ini kenyataan Aliff Syukri tentang hal ini:

saya stres.. disebabkan teralu banyak makcik dan pakcik bawang di page @babyterlajaklaris sy terpaksa jual page ni dgn nilai bermula rm40k keatas.. bawah tak layan.. sbb nilai inprosion berjuta dan page asli bukan beli followers dan memang dah pernah ada org offer saya nak beli page @babyterlajaklaris ni tpi sy tak nak jual sbb kesian nak buat kenangam utk mereka besar…tpi kali ni sy pasrah sbb kelakuan mereka yg menhencap saya..kadi kalau kalau ada org offer lagi tinggi itu yg sy jual.. sbb page @babyterlajaklaris terus mencetuskan masalah bukan kebaikan.. niat kami sbb nak kasi mak ayah yom aminah ni tngok anak mereka dr jauh.. tpi mencetuskan perbalahan dan pergaduhan..

nak murah boleh beli page fack akaun org luar negara yg x wujud.. siapa cpt bank in dan paling tinggi dia dpt okeyy..soo siapa serius nak beli boleh wussp 0123743261 panggilan x jawab yee sbb saya manager dato sri @aliffsyukriterlajaklaris superd bzzz (org bisnes tahu nilai akaun ni x caya slide page sebelum ni..view x boleh beli like boleh beli) kalau ramai yg komen di bawah “jgn jual” mungkin saya cancel jual.. kottt

Menerusi ruangan komen, ramai yang berpendapat harga yang ditawarkan terlalu mahal dan tidak masuk akal kerana nilai tersebut boleh beli sebuah kereta dan rumah. Ada segelintir netizen turut menasihati Aliff Syukri agar tidak hidup bersandarkan wang semata-mata.

Sumber: Ig Aliff Syukri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here