Alif Aziz Menjerit Ditahan Polis Singapura

Nama penyanyi kelahiran dan juga warga Singapura iaitu Aliff Aziz bukan lagi asing bagi masyarakat kita.

Aliff Aziz yang juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Bella Astillah yang sememangnya popular dengan pelbagai kontroversi episode kecurangan yang dilakukan olehnya.

Sikap playboy Aliff Aziz telah membuatkan Bella Astillah telah bercerai dengan bekas suaminya itu. Mereka berdua mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Ayden.

Sudah sekian lama tidak mempunyai sebarang perkabaran kini nama pelakon dan penyanyi ini sekali lagi menjadi buah mulut dikalangan netizen.

Terdapat satu video yang telar tular memaparkan pelakon ini telah digari dan ditangkap oleh berberapa anggota polis di Singapura.

Menurut sumber dari video tersebut yang dimuat naik di laman sosial Twitter yang berdurasi lebih kurang 1 minit itu telah membuatkan para netizen membuat pelbagai andaian.

Kebanyakan warga netizen merasa terkejut serta ingin mengetahui apa situasi sebenar yang terjadi ekoran daripada kejadian tersebut.

Komen dan reaksi netizen dari video yang telah tular itu:

“Apa yang berlaku ni, makin lama makin kasihan dengan Aliff ni?

“Apa hal ni? Buat hal lagi ke? kena tangkap lagi ke?

“Tengah shooting drama pukul 6 ke tu?,”

Jelas memaparkan bahawa Aliff Aziz dilihat sedang bergelut dan cuba melepaskan diri daripada beberapa orang anggota polis serta kedengaran dia sedang menghubungi ayanhny untuk mendapatkan bantuan.

Pelakon dan penyanyi itu turut dilihat sedang menjerit-jerit kepada ayahnya menerusi telefon bahawa dia sedang dipukul oleh seseorang.

Namun sehingga kini, tiada maklumat yang didapati berkenaan dengan insiden tersebut tentang apa yang sebenarnya terjadi terhadap bekas suami Bella Astillah itu. Sama-sama kita nantikan berita selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here