“Aku Dah Tak Ada Kaki…” – Gadis Ini Amat Tabah Hadapi Dugaan

Seorang gadis bernama Elia Nurul berkongsi pengalamannya kehilangan kaki dalam satu kemalangan jalan raya. Apa yang patut dijadikan ikhtibar dan pengajaran ialah ketabahan dan kekuatan gadis ini dalam hadapi dugaan yang amat besar ini.

Menerusi perkongsian di laman IG milik Elia Nurul, gadis ini telah terlibat dalam satu kemalangan dan kakinya telah terputus. Motorsikal yang ditunggang olehnya telah terlanggar tiang menyebabkan dirinya tercampak manakala kakinya terputus.

Ini perkongsiannya:

Pelakon Arash Mohd dilihat antara yang membantu gadis ini. Menerusi perkongsian dari kakak kepada ELia Nurul, Arash telah membantu Elia dan mengatakan ketika kejadian Elia tidak menangis dan begitu cekal walaupun sudah kehilangan kakinya.

Kakaknya ternyata kagum dengan Elia yang masih mampu senyum dan berlawak walapun sedang diduga sebegini rupa. Katanya, adiknya itu merupak satu dalam sejuta kerana begitu tabah.

Ini perkongsian kakak kepada Elia Nurul:

Sementara itu, kata ELia Nurul lagi, dia sebenarnya rindu dengan nikmat memilik kaki juga dan kadangkala dia juga menangis. Namun tambahnya dia harus terus kuat dan perlu sentiasa berfikiran positif dengan keadaan yang menimpa dirinya.

Ini beberapa foto terkini Elia Nurul:

Semoga Elia Nurul terus kuat dan terus positif dalam kehidupan yang akan datang.

Sumber: IG Elia Nurul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here