Aksi Terlajak Mesra Intan Dan Zul Tersebar

Pasti ramai yang sudah pun lali dengan kontroversi diantara pelakon Zul Ariffin serta Intan Najuwa berkenaan adegan mesra yang dipaparkan di media sosial sejak kebelakangan ini sebagai tujuan mempromosikan sebuah drama.

Walaupun drama yang dilakonan oleh kedua-dua pelakon ini baru saja ditayangkan di kaca televisyen, ternyata ramai yang memuji antara keserasian antara Zul Arifin dan juga Intan Najuwa yang dilihat sangat ‘real’.

Jika sebelum ini gempar  apabila tular berberapa keping foto Intan sedang memeluk  Zul Ariffin di atas kapal telah memjadi perbualan netizen yang memepertikaikan status pelakon baharu wanita  itu yang juga sudah bergelar tunangan orang.

Tapi kontroversi ini kian melanda  nama kedua-dua pelakon ini sekali lagi heboh menjadi buah mulut netizen apabila tersebarnya  beberapa keping gambar yang agak keterlaluan mesra mesra antara Zul Arifin dengan Intan Najuwa di rangkaian media sosial.

Jelas kelihatan tiga keping gambar itu menunjukan Zul sedang erat memeluk dan memegang Intan dengan aksi mesra disambil mereka berdua sedang bermandi-manda di pantai.

Sebagai rekod, Intan Najuwa sebelum ini telah pun memberi penjelasan dimana dia masih tahu menjaga batas pergaulan sebagai tunangan orang dan mendakwa bahawa  gambar bersama hero drama tersebut adalah sebahagian daripada tujuan mempromosi drama yang dibintangnya sahaja.

Zul Ariffin dan Intan Najuwa telah digandingkan bersama dalam sebuah drama yang sedang ditayangkan di TV3 yang berjudul Setelah Ku Miliki. Apa-apa pun kita sama-sama menunggu jawapan yang akan diberikan oleh kedua-dua pihak terhadap gambar yang tersebar itu.

Mungkin juga ia adalah sebahagian daripada babak-babak romantis yang ada dalam drama Setelah Ku Miliki. Betul tak? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here