Sebelum ini telah timbul macam-macam spekulasi tentang pelakon Ammar Alfian berkenaan dakwaan berlaku curang terhadap isteri yang sarat mengandung.
Kini Ammar Alfian akhirnya tampil menjelaskan kisah sebenar.
Kata pelakon filem Paskal ini, dakwaan curang itu adalah fitnah, malah Ammar berkata isterinya iaitu Nelissa Nezam turut mengakui kesilapan selepas menghebohkan dakwaan berkenaan di media sosial.
Ini komen Ammar Alfian:
“Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tidak layak untuk mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu.
“Untuk pengetahuan anda, isteri saya telah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.
“Saya juga memaafkan dia seperti mana saya maafkan anda atas spekulasi serta fitnah terhadap saya,”
Ammar memuat naik kenyataan itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.
Bagaimanapun dia memadam kenyataan itu selepas lima minit.
Dalam pada itu, Ammar turut mengakui telah menyekat beberapa akaun peminat termasuk rakan yang dirasakan seperti telah menentang dirinya.
“Anda memilih untuk percaya kenyataan sebelah pihak sahaja.
“Kepada rakan mahupun mereka yang berpura-pura, jika anda disekat atau saya tidak megikuti anda, ia bermaksud saya tahu anda berdiri untuk menentang saya.
“Saya maafkan anda semua tetapi saya tidak akan pernah melupakan… Terima kasih,”
Menerusi satu laporan portal berbahasa Inggeris (NST), ada petikan mengatakan Ammar memberitahu isterinay termakan kata dusta.
Ini komennya:
“Some individuals were out to slander me. My wife believed them, but she subsequently apologised for what she said. On my part I’ve forgiven her, just as I’ve forgiven those people”
Terdahulu, isteri kepada pelakon itu mendedahkan suaminya telah berlaku curang terhadapnya selepas membina mahligai selama tiga tahun.
Lebih menyedihkan ianya berlaku dan mula diketahui oleh Nelissa ketika sedang sarat hamil enam bulan.
Untuk pengetahuan, Nelissa dan Ammar telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 secara tertutup tanpada sebarang publisiti kepada pihak media.
Sumber: mStar