Ajal Itu Rahsia Allah.. Mummy Sayang Alya- Luahan Ibu

Anak merupakan anugerah yang tidak terhingga pada setiap pasangan yang bergelar suami isteri. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak sesunguhnya amat lah besar dan tidak berbelah bahagi.

Satu kisah sedih telah dikongsikan di laman sosial Facebook yang telah tular dimana anak kepada pasangan suami isteri ini telah meninggal dunia semasa hari ulang tahun bapanya.

Wanita dan ibu yang dikenali sebagai Noazlin Alin telah berkongsi detik anaknya yang dikenali sebagai Alya telah pergi dijemput oleh ilahi.

Semestinya ajal dan pertemuan itu telah tertulis di LufzMahfuz. Semuanya terjadi apabila ibu kepada dua orang anak ini membawa anaknya Alya pergi bermain pasir di pantai Tg Aru.

Dikatakan mereka sekeluarga pergi bercuti. Sejurus balik daripada Tg Aru tersebut dikatakan bahawa anaknya telah demam dan kurang sihat sebaik sahaja sampai dirumah pada pukul 11 malam.

Alya yang sepatutnya pergi ke sekolah pada keesokan hari pada hari selasa 29 oktober tidak dapat ke sekolah disebabkan masih demam dan lemah. Ibunya juga membiarkan anaknya tidur sdan rehat sepanjang hari dan memujuk kanak-kanak tersebut untuk makan.

Hanya selepas waktu petang kanak-kanak tersebut ada makan sedikit biskut dan dia juga memberitahu ibunya bahawa dirinya kian sihat. Namun, ketika waktu malam Alya telah muntah dan turut meracau kerana demam.

Menurut ibunya lagi, dia tidak membawa anaknya ke klinik kerana suhu badanya tidak terlalu tinggi. Pada hari rabu keesokan harinya Norazlin dan suaminya pergi kerja seperti biasa dan tidak berangapan bahawa Alya semakin pulih.

Akan tetapi keadaan anaknya semakin teruk dan dibawa ke hospital. Di ringkaskan cerita setelah menunngu untuk mendapatkan rawatan Alya sekali diserang sawan dan selepas diberikan rawatan yang sepatutnya oleh pihak hospital kanak-kanak malang ini disahkan meninggal dunia.

Ini luahan ibu kanak-kanak malang :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here