Aiman Hakim Ridza Sedang Hangat Bercinta Dengan Zahirah Macwilson

Ini satu gosip terkini tentang hubungan dua pelakon yang popular di Malaysia. Zahirah dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon tinggi lampai iaitu Aiman Hakim Ridza.

Malah, menurut satu sumber (laporan dari BH), Zahirah Macwilson menunjukkan sikap mengambil berat terhadap Aiman Hakim Ridza dengan menghantar makanan yang sedap-sedap kepada pelakon kacak berkenaan.

Apabila Aiman memuat naik gambar makanan dalam Insta Story, yang kononnya dihantar seseorang, ramai berkata sudah tentulah makanan itu Zahirah Macwilson yang hantar kepadanya.

Dalam pada itu, Aiman Hakim Ridza turut memuatnaik foto bersama Zahirah di laman media sosial miliknya baru-baru ini. Ini sekaligus menguatkan lagi kisah ini.

Foto yang dimuat naik oleh pelakon Aiman Hakim Ridza di laman Instagram malam tadi menarik perhatian peminat.

Berkongsi gambarnya bersama aktres Zahirah Macwilson, kapsyen yang ditulis oleh Aiman seperti memberi gambaran mereka kini sedang menjalin hubungan istimewa.

ini caption dari Aiman Hakim Ridza:

“Numbers start with 123, music start with Do-Re-Mi. Letters start with A and end with Z. The fact is there is only you and me”

Di ruangan caption, Aiman turut menyertakan hashtag #ZahirAH yang merupakan gabungan nama mereka berdua, Zahirah dan Aiman Hakim.

Seperti biasa, di ruangan komen, ramai follower mereka berdua tampil memberi komen dan ramai beranggapan mereka sedang menjalin hubungan cinta berdasarkan foto mesra dan caption yang ditulis.

Netizen juga beranggapan yang Aiman dan Zahirah secocok untuk menjalinkan hubungan, sama cantik, sama padan!

Sementara itu, lebih menambah cerita tentang gosip bahawa mereka berdua ini memang dilamun cinta apabila sumber daripada kelab peminat Zahirah seperti mengesahkan gadis kacukkan tersebut dan Aiman sedang berkawan.

‘Pengesahan’ itu bermula dengan insiden Aiman yang baru-baru ini dikatakan bersikap kurang ajar dan biadap terhadap seorang wartawan yang ingin menemubualnya.

Luahan tidak puas hati terhadap pelakuan Aiman yang sombong dan bongkak itu dimuat naik dalam laman sosial. Tanpa disangka, wartawan berkenaan mendapat mesej peribadi daripada seseorang yang mendakwa dirinya ahli kelab peminat Zahirah.

Katanya, dia berharap Aiman dapat belajar daripada Zahirah untuk bersikap lebih baik apabila berdepan dengan wartawan.

Sebelum ini pelakon jelita berusia 23 tahun ini pernah menjalin hubungan dengan Zul Ariffin dan kemudian terputus. Kemudian Zahirah Macwilson dikaitkan pula menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik Izani.

Nik Iruwan turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan mereka menyambut ulang tahun bersama-sama di sebuah restoran mewah. Namun Zahirah berkata mereka berdua tiada apa-apa hubungan. Zahirah hanya menganggapnya abang dan kawan.

Aiman Hakim Ridza sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Fathia Latiff.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here