Aidil Aziz menangis, Fasha Sandha buat kejutan umum sedang hamil

Setelah dua bulan melayari bahtera sebagai suami isteri ada berita gembira buat pasangan pengantin Aidil Aziz dan juga Fasha Sandha.

Kalau ikutkan tak ada apa yang mampu menggembirakan setiap pasangan suami isteri apabila menerima berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Itulah perasaan yang dialami oleh Aidil Aziz setelah isterinya, Fasha Sandha membuat kejutan kepadanya ketika mereka sedang mengadakan satu sesi fotografi sempena Syawal.

Ini tulis Aidil Aziz:

“Alhamdulillah, ini adalah hadiah Ramadan paling istimewa dalam hidup saya.

“Terima kasih Allah, isteri dan seluruh ahli keluarga yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami.

“Tak sangka saya akan dikejutkan dengan berita ini ketika sedang bekerja,”

Aidil Aziz kui air matanya berlinangan tak dapat menahan sebak ketika mendapat tahu tentang kehamilan Fasha Sandha.

Kini kandungan berkenaan telah memasuki usia dua atau tiga minggu.

Difahamkan, Fasha sendiri mengetahui akan berita itu pada awal hari ini sebelum hadir ke studio untuk menjayakan fotografi yang diaturkan.

“Dia buat pemeriksaan pagi tadi menggunakan kit ujian kehamilan dan Alhamdulillah, penantian kami dimakbulkan,”

Tambah Aidil, selepas sesi fotografi tamat, baru dia akan membawa Fasha ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan pengesahan doktor.

Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Memang ramai yang tak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata baru Fasha Sandha dan juga Aidil Aziz.

Sumber: Ig Aidil Aziz / Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here