Agama kita tak ajar untuk tegur satu sama lain dengan cara kasar – Emma Maembong

Emma Maembong, satu nama yang menjadi kontroversi apabila telah membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab dan membuka tudung.

Sejak buka tudung dua bulan lepas, apa sahaja yang dimuat naik oleh Emma Maembong pasti dikecam para netizen. Kalau diingat kembali, selepas pulang dari umrah, peminat Emma ada membuat satu majlis hari jadi dan ianya mendapat kecaman yang agak teruk.

Namun begitu, menerusi satu temubual dengan Harian Metro, kata pelakon jelita ini, kini sudah sampai masa untuknya move on dan abaikan kata-kata penuh negatif dari netizen.

Tambah Emma lagi, sebagai seorang Muslim, mereka yang sering melontarkan kata-kata teguran namun dengan cara negatif, sepatutnya lebih tahu bagaimana cara untuk menegur Muslim lain dengan baik dan bukannya menggunakan kata-kata kesat tentagng kesalahannya.

Ini komen Emma Maembong:

“Jika kita buat silap dan nak dihukum sampai bila-bila, kita akan selamanya di situ dan takkan ke depan. Jadi, apa yang penting apabila buat silap, kita belajar”

“Saya terima setiap teguran. Namun, mana-mana komen kasar dan jahat, saya biarkan saja di situ. Biar netizen lain tengok. Mereka bukan nasihat saya, tapi itu adalah buli siber. Mereka yang menasihati bab agama sepatutnya tahu cara terbaik untuk melakukannya. Agama kita tidak mengajar untuk menegur satu sama lain dengan cara kasar.”

“Jadi, cara mereka itu salah dan dapat dosa juga. Ia bukan cara terbaik untuk menegur orang. Bagi saya, tegur kena ada caranya. Saya dengar setiap teguran dan saya berterima kasih kerana menegur. Saya tahu, kalau yang menegur itu dia ambil berat mengenai saya”

Dalam pada itu, Emma Maembong kini sedang dalam penggambaran untuk naskah terbitan Shiela Rosli berjudul ‘Silang’ yang mengangkat topik dislesia.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here