Adira Tegas Mahu Bercerai Dengan Dato Red

Siapa sangka tiada tanda bahawa penyanyi Adira Suhaimi dikatakan telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya iaitu Dato Red. Menurut Dato Red dia juga tak tahu tentang hal itu.

Penyanyi ini telah pun menfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat pada hari ini 10 Oktober dan telah dibicarakan jam 3 petang tadi.

Menurut akhbar Metro, Adira mulanya tidak mahu mengulas lanjut apabila ditanya berkenaan kes cerainya. Namun dia akhirnya telah mengaku bahawa proses untuk bercerai telah berlaku petang tadi.

Jika mengikut jadual asal, kes permohonan cerai yang dilakukan Adira pada jam 9 pagi ini ditunda oleh Adira sendiri kerana penyanyi ini tidak menyangkabahawa perkara kes pemohonan cerai itu diketahui umum.

Dato Red semasa ditnya tentang permohonan permohonan cerai yang dibuat oleh isteri keduanya iaitu Adira telah menafikannya serta berkata ianya merupakan khabar angin.

Komen Dato Red lagi :-

“Berita mengatakan saya dan Adira mahu bercerai itu adalah palsu kerana kami masih bersama. Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim”.

“Pagi semalam saya bersarapan bersamanya, hubungan kami baik dan mesra,”

Komen Adira Suhaimi pula :-

“Saya hanya mahu yang terbaik buat anak-anak. Maaf, saya tidak boleh membuka mulut mengenai perkara ini kerana masih dalam proses Mahkamah Syariah.

“Saya hanya mahukan yang terbaik buat diri dan anak-anak,”

Semasa prosiding sedang berlangsung tadi, penyanyi putih melepak ini dengan muka yang tenang menjawab bahawa dia tetap mahukan penceraian ini semasa Hakim Syarie Mohd Faizal Habib bertanyakan tentang keputusan penceraiannya.

Namun, lain pula bagi suaminya iaitu Dato Red semasa disoal hakim berkenaan soalan yang sama, dia telah membantah permohonan itu. Disebabkan itu, pihak mahkamah telah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes tersebut.

Ketika ditnya tentang punca Adira mahu bercerai dia hanya bertindak mendiamkan diri sahaja dan tidak membuat sebarang kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here