Adib Tak Dipukul Tetapi Terlibat Dalam Kemalangan – Pihak Kuil

Dalam rusuhan kuil yang berlaku, seoang anggota bomba telah cedera parah dan kini masih di rawat di hospital. Dari laporan awal, dikatakan Adib telah dipukul ketika rusuhan terbabit.

Namun kali ini, ada pihak yang mengatakan sebenarnya Adib terlibat dalam kemalangan ketika kejadian yang mana jentera bomba mengundurkan kenderaan dengan laju.

Badan bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota Bomba yang parah dalam insiden rusuhan berhadapan kuil berkenaan awal pagi semalam adalah disebabkan kemalangan jalan raya.

Setiausaha Badan Bertindak Kuil, V K Regu mendakwa, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera Bomba mengundurkan kenderaannya dengan laju sebelum sekumpulan individu menjerit memberitahu ada seseorang di belakang.

Ini kata-kata pihak berkenaan menerusi satu sidang media seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro:

“Tindakan mereka mengetuk cermin adalah untuk memberitahu ada seseorang di belakang, namun jentera bomba berkenaan mengundur dengan laju.

“Dia (Muhammad Adib) bukan dipukul, malah kami yang berada di situ membantu mengeluarkannya”

V K Regu berkata lagi, pihaknya mempunyai bukti tentang kejadian itu, tetapi tidak membuat laporan polis.

“Kami sudah beritahu kepada kementerian, kami juga baru dapat tahu, setakat ini tidak membuat laporan kerana tidak ada kena mengena dengan pihak kuil.

“Mereka (kumpulan yang berkumpul) menunjukkan teladan yang baik kami bantu mereka, tapi kami yang diserang”

Dalam kejadian pada awal pagi semalam, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya telah mengalami cederaan yang agak parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Selain itu jentera dinaiki anggita bomba turut dirosakkan kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu.

Sumber: Harian Metro

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here