“Adakah ini contoh seorang BAPA? Tak lawat anak, tak bertanggungjawab” – Elly Mazlein

Selebriti Elly Mazlein telah berkongsi satu luahan hati di akaun Instagram miliknya hari ini dan ianya tentang bekas suami yang juaga ayah kandung kepada anaknya.

Menerusi posting berkenaan, penyanyi dan pelakon itu telah meluahkan rasa tidak puas hati dan sedih terhadap bekas suaminya, yang juga pengarah drama, Azmi Hatta.

Kata Elly Mazlein, bekas suaminya itu didakwa tidak menjalankan tanggungjawab membayar nafkah anaknya, Sefhia.

Ini tulis Elly Mazlein di gambar berkenaan:

“Adakah ini contoh seorang BAPA ?#TakBertanggungjawabKepadaAnak #TidakDatangMelawatAnak #TidakBayarNafkah #DanSekarang #Ermmmmmm #LengkapKauNi #HebatnyaKamu #YakinnyaKamu”

Ekoran itu, perkongsian dari Elly yang kini dah berusia 38 tahun terus mendapat perhatian daripada para peminat dan juga followernya.

Sementara itu, apabila ada yang bertanya, betulkah apa yang ditulis Elly itu tentang suamnya tak lawat anak dan juga tak bayar nafkah, Elly sekali lagi telah mengiyakannya dan berkata itu adalah realiti.

Ini komennya:

“hashtag memang betul seratus peratus, bukan dicipta”

Di samping itu, peminat juga telah memberi komen menasihati Elly Mazelin untuk sentiasa kuat, tabah dan cekal menghadapi ujian hidup terutama dalam menjaga anak kecilnya itu.

Di imbas kembali, Elly Mazlein dan Azmi Hatta telah berkahwin pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015.

Kini Azmi Hatta telah berkahwin dengan pelakon Faye Kusairi.

Sumber: IG Elly Mazlein

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here