“Abang dia hubungi saya… saya beritahu niat saya hanya menguji sahaja” – Syazwan Zulkifli

Memang kecoh juga komen nakal dari pelakon Syazwan Zulkifly kepada seorang gadis bernama Eyntan Elysia.

Dalam satu kenyataan, pelakon ini akhirnya akui dia memang menulis komen berkenaan dan tidak malu berterus terang tentang hal sebenar.

Syazwan Zulkifli akui memang dia ada bertanya soalan nakal kepada seorang gadis sehingga ia menjadi viral di laman media sosial semalam.

Namun begitu, Syazwan berkata, soalan itu tidak berniat jahat dan hanya menguji sahaja.

Dari satu laporan mStar, Syazwan Zulkifli berbuat sedemikian untuk uji tahap keterbukaan gadis itu untuk berkawan dengannya.

“Ia cuma soalan biasa dan tidak berniat jahat pun, saya hanya jujur beritahu dia yang saya seorang yang nakal.

“Saya tidak mahu berpura-pura baik sebab itu saya sengaja menguji cara dia berfikir. Lagi pula perbualan itu baharu dan dia minta saya bertanya soalan jadi saya tanya sahajalah,”

Dalam pada itu, Syazwan Zulkifli berkata lagi, dia tidak melenting atau tak meminta gadis itu untuk membersihkan namanya.

Baginya isu berkenaan sudah selesai. Malah Syazwan memberitahu abangnya ada menghubungi dirinya untuk meminta penjelasan.

Lantas dia beritahu niatnya itu hanya untuk menguji sahaja.

Katanya, ia perkara yang remeh dan pernah melalui kontroversi yang lebih teruk daripada ini.

Ini komen Syazwan Zulkifli lagi:

“Ia sudah selesai dan abangnya sudah menghubungi saya bagi meminta penjelasan. Saya beritahu niat saya itu hanya menguji sahaja.

“Saya malas nak layan perkara remeh ini dan sebelum ini pun saya memang sudah dikenali dengan imej nakal,”

Untuk pengetahaun, pada malam Rabu, seorang wanita bernama Eyntan Elysia telah membuat pendedahan satu mesej nakal di Instagram yang didakwa daripada Syazwan Zulkifli yang merupakan pelakon Pujaan Hati Kanda.

Menerusi perbualan yang dikongsikan tersebut, Syazwan dilihat telah bertanyakan soalan yang agak sensitif dan kurang sopan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here