“Abang dalam keadaan kaku… Tenanglah” – Luahan Tunang Adib

Pada tarikh 18 Disember 2018, ahli bomba yang telahpun meninggal dunia iaitu arwah Muhammad Adib Mohd Kassim dan tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi merancang untuk pulang bersama-sama ke kampung halaman mereka di Kedah sempena majlis pernikahan mereka.

Namun tanpa diduga, takdir menetapkan sebaliknya apabila Nurul Najihah hanya pulang bersama sebujur tubuh yang kaku apabila anggota bomba itu yang telahpun menghembuskan nafas terakhir malam Isnin.

Ramai tertunggu-tunggu kenyataan daripada Nurul Najihah yang banyak mendiamkan diri selepas dikecam netizen gara-gara sering memuat naik status yang dikatakan cuba mencari publisiti murahan.

Kecaman tersebut membuatkan Nurul Najihah terus menutup laman Facebook miliknya.

Namun pada hari yang penuh kenangan pahit itu, tunangannya berkongsi perasaan sedih kerana kehilangan Muhammad Adib di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Nurul Najihah turut memuatnaik beberapa keping gambar bersama Muhammad Adib di InstaStory dengan kata-kata Al-Fatihah.

Ini tulisnya:

“Al-Fatihah Kudip. Esok (Selasa) kita sama-sama cuti untuk balik kampung bagi perkahwinan kita.

“Ya Abang, kita balik. Kita balik sama-sama.

“Esok 18/12/2018 hari kita balik drive.

“Tapi orang balik juga dengan Abang, tapi Abang dalam keadaan kaku.Tenanglah kami. Setenang orang tengok kamu tadi,”

“Al-Fatihah. Walau apa pun terjadi, ada kenangan yang tidak dapat diganti,”

Ini sedikit video tunang Adib datang ke pengebumian ahli bomba berkenaan:

Pasangan ini sepatutnya bernikah pada Jumaat ini dan majlis persandingan sebelah pihak perempuan dijadualkan berlangsung pada keesokan harinya (Sabtu).

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Adib antara anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang dikerahkan ke tempat kejadian, susulan protes penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 yang menyaksikan perusuh membakar beberapa kenderaan.

Namun Adib yang berusia 24 tahun itu cedera parah selepas ditarik keluar dari kenderaan EMRS dan diserang sekumpulan perusuh di hadapan kuil.

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.41 malam Isnin selepas tiga minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Jenazah Muhammad Adib dibawa menaiki helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah, pagi tadi untuk urusan pengebumian.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here