Seperti sedia maklum, negara kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana bilangan kes COVID-19 di negara ini masih berada pada tahap yang membimbangkan dengan pelbagai kluster baharu yang dilaporkan setiap hari.
Melihat kepada situasi ini, Kementerian Pembanguna’n Luar Bandar (KPLB) buat julung kalinya melancarkan Karnival Usahawan Desa 2020 secara dalam talian (eKUD@KPLB 2020) bermula 4 hingga 6 Dis 2020 dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Lebih 300 ‘Virtual Booth’ yang ‘join’
Di antara virtual booth yang mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kategori seperti Pavilion, Agensi Kerajaan, Korporat dan booth eNiaga iaitu untuk para usahawan. Anda boleh live terus dengan ‘seller’ untuk soal jawab tentang produk. Antara kluster perniagaan yang akan mengambil bahagian adalah Makanan dan Minuman (F&B), Kesejahteraan seperti produk spa, kosmetik dan makanan tambahan serta Gaya Hidup meliputi produk seperti fesyen, aksesori dan kraftangan.
Korang boleh membeli belah melalui pelbagai platform eDagang seperti Desamall@KPLB, Shopee, Lazada, PrestoMall, GrabMart, WOWSHOP, Youbeli.com, Vettons, Foodpanda, BuyMalaysia, JanaNiaga, AgroBazaar Online dan MyCraft Shoppe. Pelbagai baucar diskaun hebat disediakan oleh platform-platform yang terlibat khusus untuk korang.Di antara pihak industri peruncitan yang terlibat adalah Petronas Dagangan Berhad, Tesco, TF Value-Mart dan Lulu Hypermarket.
Manakala MATRADE melalui eSellers Sourcing Program (eSSP) menjemput platform Droppe, Blibli dan Bukalapak bagi pasaran Indonesia serta Figurative Japan untuk pasaran Jepun. Sebanyak 145 pertemuan telah dijadualkan antara buyers dan usahawan bagi sesi padanan perniagaan kali ini.
Manakala di antara gensi-agensi Kerajaan lain yang turut sertai juga ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Unit PELAKSANA, Kementerian Kewangan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Dan diantara sektor korporat yang turut serta menyertai pameran eKUD@KPLB kali ini dengan antara yang mengambil bahagian adalah Unifi, Celcom, StoreHub, Shopee dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Selain itu juga, korang berpeluang mengikuti program-program keusahawanan yang berlangsung dalam talian seperti forum, webinar dan talk show keusahawanan dari para panel serta usahawan yang berpengalaman. Antaranya adalah MDEC, GRAB, Celcom, Pos Malaysia dan banyak lagi.
Dan aktiviti paling best untuk korang yang dijalankan adalah Rancangan Masakan Chef Zam bersama YB Menteri Pembangunan Luar Bandar, Kecoh-kecoh eKUD@KPLB iaitu slot jualan langsung bersama Selebriti Jemputan, Siri Laman Ternak, Zoo Maya dan Urban Farming yang bersiaran daripada pukul 10.00 pagi hingga ke pukul 10.00 malam. Korang juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik disediakan oleh penganjur tau!
Menarik bukan, Jadi jangan lepaskan peluang dan daftarlah sekarang sebagai pengunjung untuk dapatkan manfaat yang pelbagai, menarik lagi mengujakan. Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai sertai eKUD@KPLB 2020!