“10 tahun aku jaga hubungan ni..” – Zizi Kirana kecewa dengan Aaron

Penyanyi popular dengan lagu hip hop “Nak Ke Tak Nak” dan “Boleh Jalan” iaitu Zizi Kirana telah meluahkan rasa hatinya di laman Ig baru-baru ini.

Zizi memuat naik satu kenyataan di Instagram Story dengan kata-kata seperti dia amat sedih setelah hubungan diilhat seperti gagal.

Ini tulisnya: “10 tahun aku jaga hubungan ni. Segala-galanya aku korbankan… aku rela menerima kata-kata cacian orang, aku pertahankan kau, aku setia menunggu. Menahan seksanya rindu kerana kita terpaksa berjauhan. Semua tu aku sanggup demi kasih sayang aku terhadap kau. Tapi… akhirnya”

INI PENJELASAN ZIZI

Penyanyi ini telah menjelaskan kenyataan berkenaan dibuat kerana kecewa denagn Aaron.

Sebenarnya lelaki berkenaan bukanlah putus cinta atau curang sebaliknya Zizi Kirana kecewa apabila bintang bola sepak pujaannya yang juga pemain Arsenal, Aaron Ramsey akan berpindah ke kelab Itali, Juventus.

Zizi Kirana terkejut apabila ada yang melaporkan dia amat kecewa kerana putus cinta dengan kekasihnya berdasarkan kenyataan berkenaan.

“Macam mana saya putus cinta pula sedangkan saya tidak menjalin hubungan cinta dengan sesiapa pun? Kenalan terdekat pun terkejut kerana saya memang tak ada teman lelaki,”

“Kenyataan putus cinta tu sebenarnya ‘putus’ dengan Ramsey disebabkan dia dikatakan bakal berpindah ke Juventus. Ramsey adalah satu-satunya semangat membuatkan saya menyokong Arsenal.

“Disebabkan itulah saya sangat kecewa dan kongsikan kekecewaan itu di Instagram Story. Tiba-tiba ramai pula menyangkakan saya betul-betul putus cinta sedangkan maksud saya lain”

“Saya langsung tidak berniat untuk cuba menipu sesiapa. Maafkan saya jika ada sesiapa benar-benar ingat saya memang putus cinta terutama kenalan yang terus bertanya disebabkan sangat mengambil berat”

Zizi yang meminati sukan bola sepak berkata, dia meminati pasukan dari England, Arsenal semata-mata kerana Ramsey bermain dengan pasukan itu.

Sumber: IG Zizi / HMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here